Archive | April 2012

Merokok

Mengapa merokok merbahaya? untuk mengetahuinya lebih lanjut sila ke halaman bahaya merokok..

gaya hidup sihat

Sepanjang hayat, kita sering diingatkan pentingnya menjaga kesihatan kepada diri kita. Dari kecil ibu bapa mengajar kita dengan kata-kata seperti “ah yang ini baik untuk kesihatan” atau “jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan”. Di sekolah juga mewajidkan semua pelajar melibatkan diri dalam extra-kokurikulum seperti sukan atau badan beruniform. Adakah semua orang tahu tentang kepentingan menjaga kesihatan diri?? Setiap orang patut hidup dengan definisi kesihatan atau gaya hidup yang tersendiri. Walaupun asas nutrisi dan bersenam itu adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sains, cara kita mengaplikasikannya terpulang kepada individu. Pilihan itu dalam tangan sendiri.

GAYA HIDUP SIHAT = KESEMPURNAAN?

Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kepuasan kepada diri kita sendiri.o.0

Semua orang tahu yang merokok merupkan perkara yang tidak baik untuk kesihatan. Tetapi macam mana dengan perokok yang bersenam lima kali seminggu dan makan dengan sempurna? Adakah mereka dikatakan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat? Kalau anda Tanya kerajaan atau institusi perubatan jawapannya mungkin tidak! End of the day, jawapan orang ramai tidak penting kerana kita patut tepuk dada & tanya si perokok. Bagi dia, tentu dia faham perbuatan merokok itu tidak sihat, tetapi mungkin akitivi fitness dan pemakanan itu memberi kepuasan kepadanya. Keseimbangan sementara! Cuma dia seorng yang boleh membuat pilihan untuk berhenti merokok.

Bagi semua orang, keperluan seharian berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, si perokok mungkin berazam untuk berhenti bila rakan baiknya meninggal akibat parah dada (lung cancer).
Selagi dia tidak mahu berubah, dia akan terus mengamalkan hidupnya ditemani rokok sehingga dia mahu berubah! Self-dicipline!

Keinginaan  untuk berubah mesti/patut datang daripada diri kita sendiri. Bagi kebanyakkan pelajar sekolah pun, memaksa mereka menertai pasukan uniform tidak akan bertahan memberi hasil dalam jangka masa yang panjang. Bagaimana dengan atlit sukan? Mereka selalu dapat membawa tabiat bersukan kemana-mana kerana mereka mempunyai passion and minat!

Passion dan minat itu amat penting dalam kehidupan. Bukan sahaja untuk bersukan, tetapi juga dalam kerjaya, kekeluargaan dan juga pemakanan & fitness!

Ramai yang memulakan program fitness dan diet tetapi berhenti separuh jalan. Kenapa?Kerana mereka buat perkara yang tidak menyeronokan….makan sihat dan bersenam (bukan bersukan). Memang membosankan kalau kita tidak menyukai perkara tersebut..~o.0~

kurus

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi…. untuk lebih maklumat lagi sila ke halaman kurus tanpa ubat