Archive | May 2012

Awas! strok

strok tidak mengenal usia

Walaupun strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia , lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun.

Walaupun  strok lebih kerap berlaku  di kalangan lelaki berbanding wanita, keberangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan  membawa risiko khusus kepada wanita.

Di Amerika Syarikat , rakyat Amerika berkulit hitam lebih tinggi diserang strok berbanding penduduk berkulit putih. Di China pula, penyelidikan memdapati bahawa penduduk di bahagian utara China mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding penduduk di bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut.

Advertisements

TIPS pilih kaca mata hitam

Berikut tips yang boleh dijadikan panduan kala membeli kaca mata hitam::

~WAJAH BERSEGI~

wajah bentuk ini menampilkan garis rahang yang ketara, dahi luas  dan tulang pipi yang agak tinggi .Oleh itu kurangkan sisi petak itu dengan kaca mata hitam yang boleh ‘melembutkan’ seperti jenis bulat,bujur klasik dan mata kucing.

WAJAH BUJUR

Ia dikatakan wajah ideal kerana hampir semua rekaan kaca mata hitam sesuai dengan wajah jenis ini. Jangan takut untuk mencuba rekaan kaca mata terkini kerana ia tidak akan menjejaskan  bentuk wajah.

WAJAH BULAT

Untuk membuatkan wajah tampak lebih kecil. cuba gayakan kaca mata hitam rekaan segi empat dengan bingkai cermin yang tidak terlalu tebal. Pilih rekaan yang sederhana besar,sekurang-kurangnya sehingga ke bulu kening.

WAJAH BENTUK HATI

Wajah jenis ini mempunyai rahang yang panjang dengan keadaan dahi yang agak luas. Elakkan tumpuan pada bahagian rahang yang memberi perhatian kepada kawasan mata. Kaca mata hitam rekaan aviator saiz besar juga bentuk mata kucing sesuai untuk memberi keseimbangan kepada dua aspek itu.

Tangani stress

CARA MUDAH HILANGKAN STRESS

KETAWA

tidak ada cara yang lebih murah dari ketawa. menurut dr.frederick goh dalam bukunya the metabolic apocalypse dengan ketawa 15 minit setiap hari ia sudah dapat membaiki aliran darah ke hati.

URUTAN SENDIRI

lakukan sendiri untuk menghilangkan rasa pening. urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.

JALAN

dr. pamela peeke penulis body for life for woman menyarankan supaya berjalan lebih kurang selama 10 minit untuk menenangkan tubuh badan yang sedang stress.

TIDUR

usahakan mendapat tidur yang tenang untuk mengurangkan kegelisahan pada waktu pagi. untuk mendapatkan tidur yang lena, panaskan segelas susu dan campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu. minum sebelum masuk tidur.

SEKS TERATUR

lakukan seks secara teratur dengan pasangan (yang sah ye). hubungan intim bila dilakukan dengan penuh kasih sayang dan cinta dapat meleraikan segala ketegangan. sejumlah kajian membuktikan seks yang sihat akan memberi kesan fizikal. mood juga akan jadi lebih baik.

CIUMAN

bercium dengan pasangan membuatkan tubuh menjadi lebih rileks, hangat dan penuh dengan cinta dan kelembutan serta menimbulkan gelombang otak dan perubahan kimia yang lain. manfaatnya sama seperti selepas bermeditasi.

DOA

ketika anda sedang stress, kelenjar adrenalin tubuh mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. berdoa dapat mengurangkan stress dan mendekatkan diri kepada tuhan.