Archive | June 2012

Info diet

Sarapan Dengan Betul

Tanpa sarapan , paras gula dalam darah akan menurun . Kadar gula yang rendah menyebabkan konsentrasi terganggu ,lemas, mudah marah dan sebagainya.kebiasaannya sarapan sering digantikan dengan makanan ringkas yang jika dikira kalorinya banyak.Akibatnya tujuan menurunkan berat badan tidak tercapai malah bertambah pula. Apabila tidak bersarapan anda akan lapar selepas waktu pagi dan pasti akan makan lebih banyak di waktu tengahari.Metabolisme tubuh normal tidak boleh menerima pola makan yang teratur.

Hadkan Gula

sepotong kek mengandungi kira-kira 20gm gula pasir yang termasuk dalam kategori karbohidrat sederhana.Glukosa yang terkandung didalamnya memang memberikan rasa kenyang dan bertenaga namun tidak berpanjangan.Ini membuatkan anda ingin makan lagi.Jika ingin sihat dan langsing hadkan pengambilan makanan manis.

Gantikan yang lebih BAIK

Jangan paksa diri untuk melakukan diet ketat. Jika anda cenderung mengambil makanan berat setiap masa cuba tmbahkan lebih banyak sayur dan buah dalam menu makanan  disamping mengurangkan junk food atau makanan berkalori tinggi. Selain itu, kurangkan aktiviti pasif seperti permainan  komputer, menonton televisyen dan gantikan dengan aktiviti sihat bersukan, berenang dan sebagainya.

Tidak  Makan Malam

Tidak makan malam untuk menurunkan berat badan adalah mitos kurang tepat. Berat badan dipengaruhi oleh jumlah kalori yang masuk dan dikeluarkan dalam sehari (berat badan =kalori total yang masuk -kalori yang dikeluarkan ). Untuk menurunkan berat secara sihat, anda harus bijak mengawal kalori dengan pengambilan makanan yang betul di waktu yang sesuai.