Pemakanan Yang Seimbang

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

  • Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
 
  • Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

Scan PIRAMID MAKANAN

Lemak, Minyak dan Gula

Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)

Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.

Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana

Scan gambar Makanan membina badan (protein)

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak

Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)

Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi

Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% – 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

1 Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
· Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

· 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

· Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

· Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

· Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

· Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

· Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

· Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

· Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

· Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

 

Cara Makan Yang Betul ?

Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi.

Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!

Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja � mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!

Berapa Banyak Anda Harus Makan?

Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.

Bertenaga Dengan Bijirin Dan Ubi

Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda.

Serat Menentang Penyakit Jantung

Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.

Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam � semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya�.sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.

Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas. 

Kuasa Kekacang

Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!

Buah-Buahan enak !

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.

Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!

Sayuran sihat !

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.

Buatlah pilihan bijak � makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.

Susu Pilihan Bagus!

Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.

Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.

Makanlah Daging

Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.

Lemak Penting Juga!

Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.

Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.

Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!

Seronok Bersnek

Mengambil snek adalah cara yang baik untuk sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat sepanjang hari. Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah (seperti lobak kecil atau tomato ceri) atau segelas susu. Yumm�betapa menyelerakan snek-snek ini! 

 

 
 
 
 

 

Advertisements
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s